Monday, November 1, 2010 | By: alin

...

assalamualaikum...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
tiada kata yang ingin diucapkan
cuma ingin mengingatkan diri
ingatlah Allah
sungguh kau akan tenang
bacalah kalam Allah
walau tidak satu juzuk
cukuplah sekadar kau ada menyelaknya dan menghayati tafsirnya setiap hari walau satu minit
sungguh kau akan rasa Dia hampir dengan kau
takutlah dengan Allah
jauhkan diri engkau dari berbuat dosa
kerana apa???
kerana kau tidak tahu bila ajal kau
boleh saja kau mati time kau tengah dating....
boleh saja kau mati time kau tengah mendedahkan aurat...
boleh saja kau mati time kau melengahkan solat atau langsung tak menunaikan solat...
aku tahu bukan hak aku mahu tentukan keadaan kau
boleh sahaja engkau yang dulu jahat,dimatikan dalam keadaan yang baik
dan boleh saja engkau yang dulu baik dimatikan dalam keadaan yang tidak baik
tapi kau sendiri kata mahu masuk syurga
adakah dengan tangan kosong sahaja???

kembalilah kepada Allah wahai hamba yang hina
walau di mata manusia kau dijulang tinggi
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang miskin
walau di mata manusia kau punya segala
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang kerdil
walau di mata manusia kau punya title

bukan aku ingin bermadah disini
bukan aku ingin mengarang puisi disini
juga bukan aku ingin mengambil perhatian engkau
bukan juga aku ingin menagih simpati engkau
cukuplah aku ada Allah
cuma aku ingin ingatkan kerana aku sayang engkau
dengan linangan air mata
aku ingin cakap pada diri kau
sungguh aku sayang engkau kerana Allah

oleh itu
ingatlah Allah walau dimana sahaja
takutlah Allah dengan menjauhi laranganNya
cukuplah jika kau ada rasa itu
aku akan rasa bahagia.....
melihat bidadari-bidadari syurga


Firman Allah SWT:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana `Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: `Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?` Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: `Kamilah penolong-penolong agama Allah`, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

(as-saf: 10-14)


Saturday, October 30, 2010 | By: alin

KULIMIN

assalamualaikum...

Sesungguhnya perjalanan seorang dai’e itu sangat panjang dan melelahkan
Ketika itu orang lalai akan hairan melihat dai’e
Menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,
‘sampai bila kau akan melelahkan diri??’
Dijawab dai’e dengan yakin dan pasti,
‘sebenarnya aku mengharapkan peristirehatan (syurga)’
-al Fawaid Ibnu Qayyim

Thursday, October 28, 2010 | By: alin

SEKA AIR MATAMU

assalamualaikum...

Pejuang,
Hidupmu dengan cabaran
Memang kembar yang takkan mampu dipisahkan
Kamu dengan dugaan ibaratnya
Air yang dicincang takkan pernah putus
Maka,
Jangan kau menangis hiba
Jangan kau tunduk mencuka
Seka air matamu wahai pejuang

Pejuang,
Kau diminta untuk memahami,
Tanpa kau perlu difahami,
Kau diminta memberi,
Tanpa kau perlu diberi,
Ke mana sahaja kau mengorak langkah,
Kau pasti akan rasa kepenatan
Kau akan keletihan
Kau akan rasa kehausan dan kelaparan
Lorong-lorong cabaran menghasilkan satu bebanan
walaupun diwajahmu terpampang senyuman

Pejuang,
Lumrah kau di atas jalan ini
Kau akan diuji
Sampai satu tahap timbul rasa benci
Bertambah rasa sakit hati
Sehingga kau terasa ingin berhenti di jalan ini
Bila mana kau lihat ragam manusia
Sungguh,mereka meminta kau memahami
Tetapi kau langsung tak difahami mereka
Kau sedih????
Seka air matamu wahai pejuang
DIA ada untukmu

Pejuang,ketahuilah,
DIA ini amat istimewa,
DIA tahu segalanya
DIA faham kau serba serbi,
Tahukah kau betapa DIA melimpahkan untuk kau cinta???
DIA sentiasa rapat bersama,
Tidak pernah meminggir walau seketika,
Seka air matamu wahai pejuang,
DIA ada disisimu.
Sangat dekat.
Menjagamu.Memahamimu.

Pejuang
Sudahlah.hentikan tangisanmu itu
Bersihkan kembali niatmu
Bergerak ke arahNya
Bukan ke arah selainNya
Letih sahaja kau merajuk
Jangan risau
Pengorbananmu akan berbalas
Rajukmu akan didengar
Tidakkah kau merasa DIA sedang memujukmu kala kau lara????
Senyumlah.Bangunlah.
Teruskan langkahmu wahai mujahid Islam…!!!!!

ilham: ms.langitilahi.com
Wednesday, October 27, 2010 | By: alin

ERTI SAHABAT SEJATI

assalamualaikum...

persahabatan kita boleh diibaratkan sebagai THE PEARL,
nilainya amatlah tinggi seperti THE NECKLACE,
dan semua mencemburuinya termasuklah PEARLBUYERS,
tapi disebabkan kita sentiasa bersama seperti KINO and JUANA,
tak ada yang bisa merosakkannya meskipun MOKGOBJA,
malah alat secanggih SOUND MACHINE pun tak boleh memisahkan kita,
janji saya seperti TOMMY,
dan tak akan meninggalkan awak sebab saya takut awak akan melupakan saya seperti TENGGANG'S HOMECOMING,
saya harap awak ingat saya seperti SONNET 18,
dan kalau saya terpaksa pergi dulu seperti COYOTITO,
doakan saya di jalan benar iaitu LOOKING FOR THE RAIN GOD...=)

p/s: wah!!! lawa2 blog batch ni.siapakah gerangan yang mencantikkan blog ini???
Tuesday, October 26, 2010 | By: alin

INDAHNYA...

assalamualaikum...

INDAHNYA MUKMIN ITU...

bila mana dia buntu
dia menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Mengurus,
apabila dia sedih,
lalu tangisnya diaju padaNya Yang Maha Mendengar,
apabila dia keliru dalam memilih,
maka dia kembali kepadaNya yang bersifat Satu,
Lalu,
Allah mengurus dan menyempurnakan segala hal mukmin itu,
malah menambah hal-hal yang datang dari sudut yang tak disangka-sangka
Dia memujuk hambaNya dengan janji-janjiNya
dan Dia membuat pilihan bagi hambaNya
Allah suka padanya
Lalu ketenangan menyelubungi hatinya...

p/s: kenapa dengan blog niy sume gambar hilang.tulisan je yang ada.kene virus ke???

Monday, September 13, 2010 | By: alin

PSPM dan MUET...

assalamualaikum...



huhu..hari ni student matrik akan pulang ke 'kampung halamannya'...
dengan semangat dan tekad yang membara (ganbate ne...!!!)
struggle untuk PSPM yang akan bermula 18.10 (sebulan lagi...) dan MUET (sekali mse pspm tengah berjalan)...



kepada teman2 yang lain,doakan kejayaan kami..4.00 FLAT dan juga ....
semoga kami dipermudahkan urusan yang susah ketika menjawab
semoga kami ingat apa yang kami lupa
semoga kami dijauhkan sikap cuai ketika menjawab
semoga apa yang kami baca,mudah2an keluar....insyaAllah
amiiinnnnn....



'aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku,
menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas aku mati,
kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku berasa senang,
semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri,
aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya
dalam suka dan duka,
jika aku dapat,
aku ingin setia padanya'
-Imam Shafie-


p/s: doakan juga dipermudahkan urusan kami untuk MUET....
Friday, September 10, 2010 | By: alin

SELAMAT HARI RAYA

assalamualaikum....


telah berkata Saidina Ali r.a


terdapat 5 hari raya yang lebih utama dari hari raya 'idulfitri dan Adha


HARI RAYA BERJAYA MENJAWAB SOALAN MUNKAR DAN NAKIR


HARI RAYA MELEPASI TIMBANGAN MIZAN


HARI RAYA MELEPASI PROSES ALHISAB


HARI RAYA BERJAYA MELEPASI TITIAN SIRAT


dan paling utama
HARI RAYA APABILA BERJAYA MEMASUKI SYURGA ABADI

~ustaz Jawwad~


sambutlah raya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan
rentetan daripada
tarbiah Ramadhan...InsyaAllah


'kullu 'am,wa antum bikhoir'
semoga sepanjang tahun ini,kamu berada dalam kebaikan
Thursday, September 9, 2010 | By: alin

KOREKSI

assalamualaikum....


RENUNG-RENUNGKANLAH
SEMOGA HIDUP KITA BERERTI DI SISI ILAHI...


beberapa kali kita tidur,
tetapi alangkah ruginya jika tidak membaca doanya
hatta membaca Basmalah sekalipun
kita sudah mendapat pahala


beberapa kali kita bangkit,
kita tetap lupa membaca doanya
menyatakan kesyukuran kepadaNYA
kerana masih memberi peluang untuk kita bernafas
memberi peluang untuk kita terus meminta taubat
hatta dengan mengucapkan Alhamdulillah sekalipun
kita sudah mendapat pahala


saban hari kita keluar masuk tandas
hingga terlupa membacanya doanya
kerana apa???
'aku dah tak tahanlah,sakit gila perut aku'
hatta dengan membaca Istiazah sekalipun
kita sudah mendapat pahala


setiap hari kita memakai pakaian
tetapi kita masih lalai untuk membaca doanya
apakah bezanya kita dengan mereka (non-muslim)???
mereka juga memakai pakaian,sama seperti kita
itulah dia...
hatta dengan memuji Allah sekalipun
kita sudah mendapat pahala


kita,
saban hari tidak terkira langkahnya
tetapi kita masih alpa untuk mengingatiNya
oh!alangkah ruginya kita
hatta dengan berzikir Ya Allah sekalipun
seringkas-ringkas kalimah
kita sudah mendapat pahala


setiap hari
beberapa kali kita makan dan minum
tapi kita masih lagi sombong kepadaNya
usahkan doanya malah Alhamdulillah pun boleh terlupa
tidak rugikah kita???
hatta mengikut sunnah Nabi sekalipun
kita sudah mendapat pahala




marilah sama-sama kita renung kembali
berapa banyak yang telah kita rugi
setiap hari kita melakukan perbuatan yang sama
tetapi sia-sia saja jika kita lalai dan alpa



ana bukan mengajak sahabat untuk menghitung pahala kita
itu kerja Allah
tapi
ana mengajak sahabat untuk merenung kembali
Maha Pengasihnya Allah
Maha Pemurahnya Allah
sayangnya Allah kepada kita
tapi kita???
masih lagi sombong denganNya
masih berani melawan suruhanNya
lihatlah
hatta dengan perkara yang remeh-temeh itupun
jika kita niat untuk kebaikan
kita tetap dicatatkan dengan kebaikan



apatah lagi jika kita melakukan kewajipan kita
sebagai muslimin dan muslimat
SOLAT,MENUTUP AURAT,PUASA dan amalan wajib yang lain lagi
Ya Allah,nikmat mana yang aku dustakan???


Ya Allah,hal dunia mengganggu fikiran kami
oleh itu Ya Allah
perbaikilah dunia kami
perbaikilah dunia kami
perbaikilah dunia kami Ya Allah...
ampunkan kami atas kelalaian kami
semoga kami istiqamah hingga hujung nyawa kami....
amiiinn...


Wednesday, September 8, 2010 | By: alin

APA KHABAR???

assalamualaikum...


apa khabar hati???
masihkah ia seperti embun?
menunduk tawadu' di pucuk-pucuk daun...
masihkah ia seperti karang??
berdiri tegar menghadapi gelombang ujian...


apa khabar iman??
masihkah ia seperti bintang??
terang benderang menerangi kehidupan...


apa khabar sahabatku???
semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga serta memberi kesihatan kepadamu
tetaplah semangat untuk ISLAM...
mulakan harimu dengan syukur mengingati Allah S.W.T


semoga hari-hari terakhir Ramadhan dapat kita manfaatkan sebaiknya
^_^
Tuesday, September 7, 2010 | By: alin

...

assalamualaikum...

kadang-kadang kita terleka,
kadang-kadang juga tanpa kita sedar,
dengan perbuatan dan ucapan kita,
ada insan yang terasa dan terluka,
oleh itu,
Nabi tercinta bersabda
'barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,
maka katakanlah yang baik sahaja atau diam...'

MAAF ZAHIR DAN BATIN
andai ana ada tersalah laku dan tersilap bicara