Saturday, October 30, 2010 | By: alin

KULIMIN

assalamualaikum...

Sesungguhnya perjalanan seorang dai’e itu sangat panjang dan melelahkan
Ketika itu orang lalai akan hairan melihat dai’e
Menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,
‘sampai bila kau akan melelahkan diri??’
Dijawab dai’e dengan yakin dan pasti,
‘sebenarnya aku mengharapkan peristirehatan (syurga)’
-al Fawaid Ibnu Qayyim

Thursday, October 28, 2010 | By: alin

SEKA AIR MATAMU

assalamualaikum...

Pejuang,
Hidupmu dengan cabaran
Memang kembar yang takkan mampu dipisahkan
Kamu dengan dugaan ibaratnya
Air yang dicincang takkan pernah putus
Maka,
Jangan kau menangis hiba
Jangan kau tunduk mencuka
Seka air matamu wahai pejuang

Pejuang,
Kau diminta untuk memahami,
Tanpa kau perlu difahami,
Kau diminta memberi,
Tanpa kau perlu diberi,
Ke mana sahaja kau mengorak langkah,
Kau pasti akan rasa kepenatan
Kau akan keletihan
Kau akan rasa kehausan dan kelaparan
Lorong-lorong cabaran menghasilkan satu bebanan
walaupun diwajahmu terpampang senyuman

Pejuang,
Lumrah kau di atas jalan ini
Kau akan diuji
Sampai satu tahap timbul rasa benci
Bertambah rasa sakit hati
Sehingga kau terasa ingin berhenti di jalan ini
Bila mana kau lihat ragam manusia
Sungguh,mereka meminta kau memahami
Tetapi kau langsung tak difahami mereka
Kau sedih????
Seka air matamu wahai pejuang
DIA ada untukmu

Pejuang,ketahuilah,
DIA ini amat istimewa,
DIA tahu segalanya
DIA faham kau serba serbi,
Tahukah kau betapa DIA melimpahkan untuk kau cinta???
DIA sentiasa rapat bersama,
Tidak pernah meminggir walau seketika,
Seka air matamu wahai pejuang,
DIA ada disisimu.
Sangat dekat.
Menjagamu.Memahamimu.

Pejuang
Sudahlah.hentikan tangisanmu itu
Bersihkan kembali niatmu
Bergerak ke arahNya
Bukan ke arah selainNya
Letih sahaja kau merajuk
Jangan risau
Pengorbananmu akan berbalas
Rajukmu akan didengar
Tidakkah kau merasa DIA sedang memujukmu kala kau lara????
Senyumlah.Bangunlah.
Teruskan langkahmu wahai mujahid Islam…!!!!!

ilham: ms.langitilahi.com
Wednesday, October 27, 2010 | By: alin

ERTI SAHABAT SEJATI

assalamualaikum...

persahabatan kita boleh diibaratkan sebagai THE PEARL,
nilainya amatlah tinggi seperti THE NECKLACE,
dan semua mencemburuinya termasuklah PEARLBUYERS,
tapi disebabkan kita sentiasa bersama seperti KINO and JUANA,
tak ada yang bisa merosakkannya meskipun MOKGOBJA,
malah alat secanggih SOUND MACHINE pun tak boleh memisahkan kita,
janji saya seperti TOMMY,
dan tak akan meninggalkan awak sebab saya takut awak akan melupakan saya seperti TENGGANG'S HOMECOMING,
saya harap awak ingat saya seperti SONNET 18,
dan kalau saya terpaksa pergi dulu seperti COYOTITO,
doakan saya di jalan benar iaitu LOOKING FOR THE RAIN GOD...=)

p/s: wah!!! lawa2 blog batch ni.siapakah gerangan yang mencantikkan blog ini???
Tuesday, October 26, 2010 | By: alin

INDAHNYA...

assalamualaikum...

INDAHNYA MUKMIN ITU...

bila mana dia buntu
dia menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Mengurus,
apabila dia sedih,
lalu tangisnya diaju padaNya Yang Maha Mendengar,
apabila dia keliru dalam memilih,
maka dia kembali kepadaNya yang bersifat Satu,
Lalu,
Allah mengurus dan menyempurnakan segala hal mukmin itu,
malah menambah hal-hal yang datang dari sudut yang tak disangka-sangka
Dia memujuk hambaNya dengan janji-janjiNya
dan Dia membuat pilihan bagi hambaNya
Allah suka padanya
Lalu ketenangan menyelubungi hatinya...

p/s: kenapa dengan blog niy sume gambar hilang.tulisan je yang ada.kene virus ke???