Thursday, October 28, 2010 | By: alin

SEKA AIR MATAMU

assalamualaikum...

Pejuang,
Hidupmu dengan cabaran
Memang kembar yang takkan mampu dipisahkan
Kamu dengan dugaan ibaratnya
Air yang dicincang takkan pernah putus
Maka,
Jangan kau menangis hiba
Jangan kau tunduk mencuka
Seka air matamu wahai pejuang

Pejuang,
Kau diminta untuk memahami,
Tanpa kau perlu difahami,
Kau diminta memberi,
Tanpa kau perlu diberi,
Ke mana sahaja kau mengorak langkah,
Kau pasti akan rasa kepenatan
Kau akan keletihan
Kau akan rasa kehausan dan kelaparan
Lorong-lorong cabaran menghasilkan satu bebanan
walaupun diwajahmu terpampang senyuman

Pejuang,
Lumrah kau di atas jalan ini
Kau akan diuji
Sampai satu tahap timbul rasa benci
Bertambah rasa sakit hati
Sehingga kau terasa ingin berhenti di jalan ini
Bila mana kau lihat ragam manusia
Sungguh,mereka meminta kau memahami
Tetapi kau langsung tak difahami mereka
Kau sedih????
Seka air matamu wahai pejuang
DIA ada untukmu

Pejuang,ketahuilah,
DIA ini amat istimewa,
DIA tahu segalanya
DIA faham kau serba serbi,
Tahukah kau betapa DIA melimpahkan untuk kau cinta???
DIA sentiasa rapat bersama,
Tidak pernah meminggir walau seketika,
Seka air matamu wahai pejuang,
DIA ada disisimu.
Sangat dekat.
Menjagamu.Memahamimu.

Pejuang
Sudahlah.hentikan tangisanmu itu
Bersihkan kembali niatmu
Bergerak ke arahNya
Bukan ke arah selainNya
Letih sahaja kau merajuk
Jangan risau
Pengorbananmu akan berbalas
Rajukmu akan didengar
Tidakkah kau merasa DIA sedang memujukmu kala kau lara????
Senyumlah.Bangunlah.
Teruskan langkahmu wahai mujahid Islam…!!!!!

ilham: ms.langitilahi.com

0 comments: