Showing posts with label conteng conteng. Show all posts
Showing posts with label conteng conteng. Show all posts
Monday, November 8, 2010 | By: pyro_de_klose

CUBA HAYATI KWN2 KU...

Kosong - news at 11



Ku cuba tuk petik bintang di langit,
Tapi tak tercapai hajatku,
Itu semua palsu,
Mimpi-mimpiku yang indah,
Hanyalah tipu semata,
Itu semua dusta;


Impian,
Tak terjadi tanpa kerja,
Tak terjadi tanpa buat apa-apa,
Harapan,
Kan hanya tinggal kenangan,
Tiada yang kekal buat selamanya;


Kini aku sebatang kara,
Langsung tiada harta benda,
Hidup hanya kerna terpaksa,
Menempuhi gelora jiwa,
Menangkis mainan dunia,
Maruahku entah ke mana;


Impian,
Tak terjadi tanpa kerja,
Tak terjadi tanpa buat apa-apa,
Harapan,
Kan hanya tinggal kenangan,
Tiada yang kekal buat selamanya.

tulus ikhlas dr student kmj...


Wednesday, October 27, 2010 | By: alin

ERTI SAHABAT SEJATI

assalamualaikum...

persahabatan kita boleh diibaratkan sebagai THE PEARL,
nilainya amatlah tinggi seperti THE NECKLACE,
dan semua mencemburuinya termasuklah PEARLBUYERS,
tapi disebabkan kita sentiasa bersama seperti KINO and JUANA,
tak ada yang bisa merosakkannya meskipun MOKGOBJA,
malah alat secanggih SOUND MACHINE pun tak boleh memisahkan kita,
janji saya seperti TOMMY,
dan tak akan meninggalkan awak sebab saya takut awak akan melupakan saya seperti TENGGANG'S HOMECOMING,
saya harap awak ingat saya seperti SONNET 18,
dan kalau saya terpaksa pergi dulu seperti COYOTITO,
doakan saya di jalan benar iaitu LOOKING FOR THE RAIN GOD...=)

p/s: wah!!! lawa2 blog batch ni.siapakah gerangan yang mencantikkan blog ini???
Saturday, August 7, 2010 | By: HH

khabar dari penang

assalamualaikum. dah seminggu aku tak update blog sendiri dek kerana jadual yang padat dan homework yang menggunung. semalam, aku buka dashboard blogger, dah baru aku sedar, rupa rupanya blog batch ni masih wujud. sungguh, aku lupa habis pasal blog ni. alhamdulillah, insya Allah, semua rakan rakan batch kita dah sambung belajar. baik yang masuk matrix, yang diploma, yang asasi, yang A-level, yang foundation, yang IB, semuanya dah mula belajar. setelah hampir 7 bulan tak belajar, aku dah rasa kekaratan otakku.

kat sini, aku rindu nak baca doa sama sama sebelum kelas bermula. kat sini, aku rindu nak dengar kata kata nasihat dari ustaz, ustazah atau orang orang yang baik rohani dan akhlaknya. kat sini, aku rindu nak baca maathurat secara berjemaah. kat sini, aku rindu nak memberi salam dan menjawab salam. tapi dah kalau kata rindu, maknanya semua keadaan tu tak ada kat sini. makanan untuk rohaniku hanyalah pada dua kali kelas agama tiap minggu dan usrah sekali seminggu. surau pula kena menapak. bagaimana la nanti solat tarawikhku? hmmmmmmmmmmmmmmmm...

sekarang, semuanya bergantung pada mujahadah diri sendiri. kalau nak jadi jahat, silakan.. tiada siapa yang akan menghalang lagi lagi parents nun jauh di rumah. kalau nak jadi baik, begitu banyak pulak dugaannya... jadi, pada siapa kita boleh bergantung agar tidak tergelincir? tentunya pada tali agama Allah, ISLAM. ISLAM ialah modul yang cukup cantik untuk diikuti dan diamalkan. berpeganglah pada tali tali Allah, insya Allah kamu tak akan tergelincir...

aku nak membebel lagi sebenarnya tapi badanku sungguh penat hari ini kerana seharian ber'rapid penang' untuk ke tesco seberang jaya membeli barang barang dapur. nak jimat punya pasal, kena masak sendiri kat rumah. apa apa pun, jaga diri masing masing. walaupun kita jauh, aku harap kita dekat dari segi internalnya. wallahualam...

p/s: aku sangat sangat rindu pada sahabat sahabat di maktab terutamanya Syakirah dan Azre. :'(
Saturday, July 31, 2010 | By: alin

OH MATRIKKU..!!!

assalamualaikum...

pejam celik,pejam celik dah habis dah honeymoon untuk sahabat2 matrik...huhu
(Alhamdulillah,nasib baik pejam celik,kalau pejam tak celik2???oh! Ya Allah,sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan)

jadi,akan bermulalah perjalanan kita sebagai seorang pelajar dan semestinya sebagai seorang HAMBA...insyaAllah
semoga sahabat2ku dan diri ini,dimana sahaja anda dan ana berada,ingatlah orang tersayang...erk???

'setelah kau berusaha,maka
berdoalah kepada Tuan yang memberi kejayaan
jika kau berjaya,
ucaplah Alhamdulillah
tetapi,
jika kau tidak berjaya,
usahlah bersedih kerana
Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya,
ingatlah sahabatku,
Allah itu memberi apa yang kita PERLU,
bukan apa yang kita inginkan,
cuma satu nasihat ana,
buatlah yang terbaik,
kerana kita sama-sama membawa imej Islam!!'

firman Allah S.W.T.
''dan berikanlah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman''
[Adz-Dzariyyat:55]

p/s: tujuan ana bukan semata-mata ingin mengemas kini blog yang dah bersawang ni,tetapi lebih belajar 'memberi daripada menerima' insyaAllah
tegurlah diri ini kerana diri ini masih jahil dan kita sama2 berkongsi pendapat

(oh!! dahbuat macam blog sendiri pulak...minta maaflah sahabat,sebenarnya diri ini tidak suka buat blog kerana nanti kepala asyik pening memikirkan macam mana nak hias blog,bertahun2 blog tak update begitulah jugak buat fb ke,fs ke...tapi ana ada ym!:)huhu

tapi,kepada sahabat yang ada blog,janganlah terasa,teruskan! ^_^
Friday, July 30, 2010 | By: alin

KULIMIN

assalamualaikum...

huhu..dah bersarang blog batch ni (blog berkat lagilah dah jem..huhu..jangan marah!!)
sekarang ni student matrik tengah honeymoon(hurm..yeke kengkwn seangkatan ku??)
lebih kuranglah lepas ups(ujian pertengahan sem.)...

Alhamdulillah,setelah beberapa bulan menginap di matrik,segala perit jerih dapat dilalui dengan tabah dan happy..wahh!!!

ustaz ana (maaf,skang ni dh terbiasa..huhu)pernah berkata(skemanya) 'kita ni orang Islam tak patut ada rasa stress,sebab kita ada ALLAH...!!!
jadi kalau rasa stres tu nk datang kat diri ana,cepat2 ana ingat kata ustaz ana

jadi sahabat2ku,(terutama di matrik) kalau ada tutorial menggunung,lab report,assignment berlambak,JANGAN stres atau tertekan,buat dengan tenang dan jangan sampai lupa kewajipan kita sebagai HAMBA!!!,hamba tak pernah ada off day tau...insyaAllah,Allah permudahkan...

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
'barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir,maka berkatalah yang baik sahaja atau diam'
[Riwayat Bukhari]

p/s:bermanfaatkah entry ana ni??




Wednesday, April 28, 2010 | By: dayah samad

rindu kamu semua


scream to the rainbow: DAYAH RINDU AWAK AWAK LA~~ XOXO MISS U GUYS :) OUR MEMORIES WE SHARED, I GATHERED ALL THE PIECES OF PAPER MOMENTOS, EVEN THE SMALL ONES, AND PUT IT IN RANDOMLY INTO MY MEMORY BOX RIGHT IN THE CENTER OF MY BRAIN. IT FELT COLOURFUL LIKE A RAINBOW, BUT I FELT IT SO DULL, BECAUSE IT WAS ALL IN THE PAST :)