assalamualaikum. dah seminggu aku tak update blog sendiri dek kerana jadual yang padat dan homework yang menggunung. semalam, aku buka dashboard blogger, dah baru aku sedar, rupa rupanya blog batch ni masih wujud. sungguh, aku lupa habis pasal blog ni. alhamdulillah, insya Allah, semua rakan rakan batch kita dah sambung belajar. baik yang masuk matrix, yang diploma, yang asasi, yang A-level, yang foundation, yang IB, semuanya dah mula belajar. setelah hampir 7 bulan tak belajar, aku dah rasa kekaratan otakku.
kat sini, aku rindu nak baca doa sama sama sebelum kelas bermula. kat sini, aku rindu nak dengar kata kata nasihat dari ustaz, ustazah atau orang orang yang baik rohani dan akhlaknya. kat sini, aku rindu nak baca maathurat secara berjemaah. kat sini, aku rindu nak memberi salam dan menjawab salam. tapi dah kalau kata rindu, maknanya semua keadaan tu tak ada kat sini. makanan untuk rohaniku hanyalah pada dua kali kelas agama tiap minggu dan usrah sekali seminggu. surau pula kena menapak. bagaimana la nanti solat tarawikhku? hmmmmmmmmmmmmmmmm...
sekarang, semuanya bergantung pada mujahadah diri sendiri. kalau nak jadi jahat, silakan.. tiada siapa yang akan menghalang lagi lagi parents nun jauh di rumah. kalau nak jadi baik, begitu banyak pulak dugaannya... jadi, pada siapa kita boleh bergantung agar tidak tergelincir? tentunya pada tali agama Allah, ISLAM. ISLAM ialah modul yang cukup cantik untuk diikuti dan diamalkan. berpeganglah pada tali tali Allah, insya Allah kamu tak akan tergelincir...
aku nak membebel lagi sebenarnya tapi badanku sungguh penat hari ini kerana seharian ber'rapid penang' untuk ke tesco seberang jaya membeli barang barang dapur. nak jimat punya pasal, kena masak sendiri kat rumah. apa apa pun, jaga diri masing masing. walaupun kita jauh, aku harap kita dekat dari segi internalnya. wallahualam...
p/s: aku sangat sangat rindu pada sahabat sahabat di maktab terutamanya Syakirah dan Azre. :'(
0 comments:
Post a Comment