Thursday, December 31, 2009 | By: ---ZeNoO---

TIP FOR STREAMYX USER

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.-
Credit to Tok_Aslim.

kepada pengguna Streamyx… kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti…

1. Buka firefox anda, dan taip kat address tu —-> about:config

2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ……
dan paste skrip berikut ———–> nglayout.initialpaint.delay ………….. pastu set 300
kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada —–> 0
kalau masih tidak suka dgn kelajuannya… cuba yg ini pula,
type skali lagi —-> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true,
contohnya -
network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>nglayout.initialpaint.delayset kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa..

Selamat Mencuba……
Wednesday, December 30, 2009 | By: ---ZeNoO---

TODAY'S QUOTES



What are the three words guaranteed to humiliate men everywhere ?‘Hold my purse.’

Men are like bank accounts. Without a lot of money they don’t generate a lot of interest.

Behind every successful man is a surprised woman.


Girls are like phones. We love to be held, talked too but if you press the wrong button you’ll be disconnected!

I’m very brave generally, he went on in a low voice: “Only today I happen to have a headache.”
I refuse to answer that question on the grounds that I don’t know the answer.

We are all born mad. Some remain so.

Whenever I’m caught between two evils, I take the one I’ve never tried.

Wise men make proverbs, but fools repeat them.

There’s a fine line between genius and insanity. I have erased this line.

A bank is a place that will lend you money if you can prove that you don’t need it.

A banker is a fellow who lends you his umbrella when the sun is shining, but wants it back the
minute it begins to rain.

Hard work never killed anybody, but why take a chance ?
Tuesday, December 29, 2009 | By: ---ZeNoO---

TODAY'S QUOTES

Out of my mind. Back in five minutes.

Sometimes I need what only you can provide: your absence.

If you can smile when things go wrong, you have someone in mind to blame.

I don’t suffer from insanity, I enjoy every minute of it.

Sarcasm helps keep you from telling people what you really think of them.

I’m smiling. This should scare you.

The universe is laughing behind your back.

Nothing is more discouraging than unappreciated sarcasm.

If you’re one in a million, there are six thousand people exactly like you.

I’m not a complete idiot, some parts are missing.

Blows are sarcasms turned stupid.

A conclusion is the place where you got tired of thinking.

I’m not sure what’s wrong… But it’s probably your fault.

This place is so weird that the cockroaches have moved next door.

The world will end tomorrow (unless postponed by rain).

I never admit or deny anything it makes me more interesting.

By the time you read this you’ve already read it.

Whatever you do, don’t congratulate yourself too much. You’re not that good.
Saturday, December 19, 2009 | By: Anonymous

I MISS YOU M.O.M.E.N.T.S


kita bertemu saat baru ingin mengenali dunia
berkumpul di suatu daerah asing yang jauh dari keluarga
di sini kita sama sama ukir sang cerita
yang gila, yang nakal, yang haru itulah kita

masihkah kau ingat
bila kita bersama sama menggaru kepala
cuba memahami ilmu hisab yang katanya adil
kita renung dalam dalam apa yang ditulis
kalau yang mengerti pasti akhirnya senyum
namun yang terkapai terus menutup buku
bukankah itu kita?

masihkah kau ingat
kita bersungguh sungguh menulis cerita
tentang cinta, adventure dan entah apa apa
namun si guru masih setia membaca
memberi markah walau cerita tak seberapa
bukankah itu kita?

masihkah kau ingat
kita menghadap segala timbunan teori
menghafal setiap cebisan formula
berlagak skema di hadapan mereka
mengejar masa agar mereka tidak merajuk
bukankah itu kita?

masihkah kau ingat
jika guru tiada
kita terus meletakkan kepala
biar keras jasad sang meja
asal dapat mencuri lena
bukankah itu kita?

masihkah kau ingat
si hero berkinja di padang
hingga senja masih tak mahu pulang
si heroin pula tidur memanjang
walhal warden sudah membebel panjang
bukankah itu kita?

tapi itu semua telah menjadi kenangan.
zaman remaja yang cukup manis tidak mungkin dapat diulang semula.
hargainya dan jadikan ia sebagai kenangan yg terindah bagi diri kita...

p/s:kata-kata ditulis oleh HARISHAH,di post by SYUK!!!
Friday, December 18, 2009 | By: HH

WHAT LIES BEYOND SRC

Mr. President, Suleiman


Mr. Vice President 1, Tengku Muhammad Shah Asyraf


Ms. Vice President, Nurwahida Dayana


Ms. Secretary, Norazlin Fazira


Ms. Treasurer, Azre Liyana


Mr. Religious Affair, Mohd. Amir


Ms. Kebudayaan, Anis Nafisa


Ms. Charity, Nur Adilah Hani


Ms. Communication, Fatin Fadwana

p/s: sorry, the others still in progress :)

coming soon: Amir Faisal, Ghalik, Fitri, Arif, Harishah.
Thursday, December 17, 2009 | By: HH

DIKIR RIA 504

Pemenang dikir ketika minggu aktiviti
KELAS 504

Dikir ria 2*
Dikir gemar suara
Hari ini sama2
Semua suka ria 2*

Cerita mula begini
Waktu baru masuk sekolah
Cewek-cowok tak kenal lagi
Semua tak tegur sapa

Nak masuk satu purnama
Hati mula rasa suka
Dapat surat bawah meja
Buku kimia pun dilupa

Februari menjelang tiba
Subjek Addmath tak masuk pala
Kalau Bio tak siap nota
Sila duduk atas meja

Petang-petang pergi riadah
Tapi turun pakai selipar
Cikgu Zam tanya kenapa
Semua tipu takut ditampar

Cerita bulan Mac pula
Minggu aktiviti menyerang semula
Siang malam tak tidur lena
Asyik pikir nak menang hadiah

Lepas seminggu tak tidur lena
Jangan harap nak selesa
Ujian selaras jangan dilupa
9 subjek menimpa pala

Ilmu hisab ilmu adil
Tapi kenapa ada yang failed
Kata ABAH kita degil
Masa kelas terkebil-kebil

Waktu maghrib dekat musolla
Orang mengaji kita dok mengata
Bila subuh lain cerita
Semua tunduk layan mata

Setengah Sem kat sini
Waktu makan semuanya happy
Ikan,ayam, daging kari
Pak Teh masak sepenuh hati
Hari sabtu keluar bandar
Awana Zafran tolong hantar
KFC,K-Box,Show Net pun sama
Balik maktab kad outing merah

Sekian saja dikir kami
Kalau galak silalah puji
Sikap buruk jangan diikuti
Ini kisah memang realiti

Salah silap ampuni kami
Panjang umur jumpa lagi
Tahun akhir kami disini
Doakan kami SPM nanti

SAMBUTAN HARI RAYA 2007



Assalamaualikum...
Video ni Cikgu Shahril yang buat...

MONTAJ 4TH BATCH MAJUSCOP

salam...
video tak la seberapa sangat tapi sebagai kenang-kenangan je.
tgk la..
kalo boleh comment la sekali.
just a simple video i made for you all...
HOPE YOU'LL LIKE IT!!

SELAMAT PAGI CINTA

OPENING SPEECH

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setelah hampir 4 hari bertungkus lumus hingga makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah (hiperbola la tu), blog 4th Batch MRSM pontian @ BROSISHOOD92 berjaya direalisasikan. Mungkin idea ni agak lame sebab dah habis sekolah baru nak terfikir. Tapi sekurang kurangnya kita masih ada usaha untuk terus tidak lost contact antara satu sama lain.

Untuk apa blog batch ni? Saja saja nak menambah koleksi blog di alam maya ni? Atau saja saja nak membazir masa dengan mengtouch up segala benda supaya cantik dipandang? Jom kita usha objektif utama kewujudan blog ni:

  1. Merapatkan silaturahim antara ahli BROSISHOOD92. Ahli BROSISHOOD92 ialah sesiapa saja yang pernah menjadi sebahagian dari 4th batch MRSM Pontian. Tak kira la dia tu anak datuk ke, anak penoreh getah ke, student yang pernah kena tendang ke, semuanya layak menjadi ahli BROSISHOOD92 dan sekali gus layak menjadi author.
  2. Mengupdate perkembangan diri. Blog ni juga boleh dijadikan medium untuk menceritakan perkembangan diri masing masing. Manalah tau kita boleh menjadi inspirasi antara satu sama lain bila ada antara kita yang fly overseas. Atau mungkin satu hari nanti kita nak attach kad kahwin untuk jemput kawan kawan batch (siapa tahu). Wahaha...
  3. Mengecilkan probability untuk lost contact. Oh, ini sangat sangat penting. Melalui blog ini, harapnya kita tak kan lost contact. So, kalau nak buat reunion pun senang je sebab boleh buat annoncement dan semua orang akan tau. Kan kan kan?
  4. Berkongsi cerita cerita zaman persekolahan di maktab. Kalau ada yang sudi, gambar gambar kenangan atau aktiviti yang kita lalui boleh dikongsi di blog ini. Atau mungkin ada cerita cerita yang tak ingin dilupakan kita semua, juga boleh dipost di blog ini.

Mungkin ada yang tertanya tanya mana datang la nama BROSISHOOD92 ni. Ini sebenarnya cadangan daripada Hakim. Setelah membuat survey atas 7 cadangan nama, nampaknya BROSISHOOD92 menjadi idaman kelabu (bak kata Cikgu Atan). Terima kasih yang tak terhingga pada Syuk sebab sanggup membazirkan credit dia untuk buat survey nama batch. Tak lupa juga pada Zizi yang bersiar siar cari template yang sesuai.

Jadi kawan kawan, hargailah blog ini dengan kerap mengunjunginya. Jangan biarkan dia sepi, ok? Salam sayang dari crew BROSISHOOD92 MAJUSCOP!

NOTA STOKING BUSUK:
Sebarang komen atau cadangan amat dialu alukan untuk menambahbaikkan blog ini.

NAK JADI AUTHOR?

PENGUMUMAN! Peluang untuk menjadi author bagi blog ini hanya terbuka kepada ahli BROSISHOOD92 @ 4th batch MRSM Pontian. Author mempunyai keistimewaan untuk menulis entry untuk dikongsi bersama sama di blog ini. Bagaimana? Caranya mudah saja. Kami hanya perlukan email anda.

Sila emailkan kepada brosishood92@gmail.com dengan menyatakan nama penuh anda. Contohnya:

From: bijak_bijaksana@yahoo.com (email pengirim)
To: brosishood92@gmail.com
Subject: Bijak Bin Bijaksana (nama pengirim)

Jika anda berjaya berbuat demikian, invitation email akan dihantar kepada anda. Anda hanya perlu mengesahkannya mengikut arahan yang tertera.

Selanjutnya anda boleh sign in ke blog ini di www.blogger.com dengan memasukkan email dan password anda sendiri.

Selamat mencuba!