Thursday, December 17, 2009 | By: HH

DIKIR RIA 504

Pemenang dikir ketika minggu aktiviti
KELAS 504

Dikir ria 2*
Dikir gemar suara
Hari ini sama2
Semua suka ria 2*

Cerita mula begini
Waktu baru masuk sekolah
Cewek-cowok tak kenal lagi
Semua tak tegur sapa

Nak masuk satu purnama
Hati mula rasa suka
Dapat surat bawah meja
Buku kimia pun dilupa

Februari menjelang tiba
Subjek Addmath tak masuk pala
Kalau Bio tak siap nota
Sila duduk atas meja

Petang-petang pergi riadah
Tapi turun pakai selipar
Cikgu Zam tanya kenapa
Semua tipu takut ditampar

Cerita bulan Mac pula
Minggu aktiviti menyerang semula
Siang malam tak tidur lena
Asyik pikir nak menang hadiah

Lepas seminggu tak tidur lena
Jangan harap nak selesa
Ujian selaras jangan dilupa
9 subjek menimpa pala

Ilmu hisab ilmu adil
Tapi kenapa ada yang failed
Kata ABAH kita degil
Masa kelas terkebil-kebil

Waktu maghrib dekat musolla
Orang mengaji kita dok mengata
Bila subuh lain cerita
Semua tunduk layan mata

Setengah Sem kat sini
Waktu makan semuanya happy
Ikan,ayam, daging kari
Pak Teh masak sepenuh hati
Hari sabtu keluar bandar
Awana Zafran tolong hantar
KFC,K-Box,Show Net pun sama
Balik maktab kad outing merah

Sekian saja dikir kami
Kalau galak silalah puji
Sikap buruk jangan diikuti
Ini kisah memang realiti

Salah silap ampuni kami
Panjang umur jumpa lagi
Tahun akhir kami disini
Doakan kami SPM nanti

5 comments:

Anonymous said...

best!!!
ble tingat balik
kejap jer dh habis sekolah
huhu...

nurzakiah said...

wallamak aii..
ade muke aku la lam ni.;)
woi 504
ni nameny zaman kegemilangan
hua3
miss u ol damn much

Anonymous said...

da 300++ org tgk kat youtube tau

HH said...

hoho
muka aku x de
sbb dok blakang pentas :)
tp dikir ria ni mmg best ah..

shaff said...

Ne,
mmg best dikir ria nih!!
syok abesh..
huhu