Thursday, December 17, 2009 | By: Brosishood92 Majuscop

OPENING SPEECH

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setelah hampir 4 hari bertungkus lumus hingga makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah (hiperbola la tu), blog 4th Batch MRSM pontian @ BROSISHOOD92 berjaya direalisasikan. Mungkin idea ni agak lame sebab dah habis sekolah baru nak terfikir. Tapi sekurang kurangnya kita masih ada usaha untuk terus tidak lost contact antara satu sama lain.

Untuk apa blog batch ni? Saja saja nak menambah koleksi blog di alam maya ni? Atau saja saja nak membazir masa dengan mengtouch up segala benda supaya cantik dipandang? Jom kita usha objektif utama kewujudan blog ni:

  1. Merapatkan silaturahim antara ahli BROSISHOOD92. Ahli BROSISHOOD92 ialah sesiapa saja yang pernah menjadi sebahagian dari 4th batch MRSM Pontian. Tak kira la dia tu anak datuk ke, anak penoreh getah ke, student yang pernah kena tendang ke, semuanya layak menjadi ahli BROSISHOOD92 dan sekali gus layak menjadi author.
  2. Mengupdate perkembangan diri. Blog ni juga boleh dijadikan medium untuk menceritakan perkembangan diri masing masing. Manalah tau kita boleh menjadi inspirasi antara satu sama lain bila ada antara kita yang fly overseas. Atau mungkin satu hari nanti kita nak attach kad kahwin untuk jemput kawan kawan batch (siapa tahu). Wahaha...
  3. Mengecilkan probability untuk lost contact. Oh, ini sangat sangat penting. Melalui blog ini, harapnya kita tak kan lost contact. So, kalau nak buat reunion pun senang je sebab boleh buat annoncement dan semua orang akan tau. Kan kan kan?
  4. Berkongsi cerita cerita zaman persekolahan di maktab. Kalau ada yang sudi, gambar gambar kenangan atau aktiviti yang kita lalui boleh dikongsi di blog ini. Atau mungkin ada cerita cerita yang tak ingin dilupakan kita semua, juga boleh dipost di blog ini.

Mungkin ada yang tertanya tanya mana datang la nama BROSISHOOD92 ni. Ini sebenarnya cadangan daripada Hakim. Setelah membuat survey atas 7 cadangan nama, nampaknya BROSISHOOD92 menjadi idaman kelabu (bak kata Cikgu Atan). Terima kasih yang tak terhingga pada Syuk sebab sanggup membazirkan credit dia untuk buat survey nama batch. Tak lupa juga pada Zizi yang bersiar siar cari template yang sesuai.

Jadi kawan kawan, hargailah blog ini dengan kerap mengunjunginya. Jangan biarkan dia sepi, ok? Salam sayang dari crew BROSISHOOD92 MAJUSCOP!

NOTA STOKING BUSUK:
Sebarang komen atau cadangan amat dialu alukan untuk menambahbaikkan blog ini.

2 comments:

Anonymous said...

name ak ade la..
hahaha..
bestnye ade blog ni..

HH said...

yeah
kalau rasa2 x tau mana nak cr kwn2 kt
dtg le sini