Saturday, November 27, 2010 | By: HH

inilah gunanya sahabat

salamun 'alaikum...

pernah tak, dalam hidup korang sekarang ni korang rasa apa yang korang buat semuanya terasa hambar. tak kira la study ke, dalam soal ibadah ke, pergaulan sesama kawan kawan, mak ayah atau cikgu cikgu?

kadang kadang benda macam ni tak boleh nak dielakkan. perasaan ni datang macam tu je. waktu ni la most of us akan jadi hopeless. aku pernah rasa sangat bersemangat dengan hidup, aku pernah jugak rasa putus asa. dan aku pasti korang jugak pernah rasa macam tu.

ahamdulillah, walaupun aku tak banyak kawan, tapi Allah beri aku beberapa sahabat yang sangat sangat sangat baik. insya Allah memang sahabat dunia akhirat, tak ternilai...

"Isha, iman kita ada masanya naik dan turun. kita manusia biasa. mungkin kita kurang amalan yang kita selalu buat dulu. pernah tak rasa yang ada masanya ibadah yang awak buat terasa hambar? takpe, teruskan… kita nak dapatkan cinta yang sangat bernilai mesti banyak pengorbanan yang kita kena buat. kita rasa, cuba betulkan solat. solat yang berkesan akan bagi kesan pada jiwa kita.”
-Syakirah-


kalaulah korang sedang rasa apa yang aku rasa sekarang ni, jom kita check semula solat kita. bermula dari niat, sampailah beri salam. perhatikan setiap satunya. insya Allah, perlahan lahan kita jadi baik :')


kat sini ada satu link ikhwah Jordan kongsi denganku. bacalah, insya Allah memberi manfaat. How To Be A Productive Muslim.


last but not least, all the best in your life. aku percaya, walaupun kita jauh, sebenarnya kita dekat :')
Thursday, November 25, 2010 | By: Syukri Mohtar

1 tahun berlalu....


Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT dan REMAJA...
Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..
Masa ini kita akan membawa haluan masing-masing...
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali di tempat sekecil kelas,bergurau,ke DS, ke tandas,ke surau dan semuanya bersama...
Terbukti zaman remaja merupakan zaman yang memberikan 1001 makna di dalam hidup dan sukar untuk dilupakan...
Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindu akan zaman remaja yang sangat indah


Dah nak setahun kite tinggalkan maktab,masing-masing dah bawak haluan mereka sendiri.Ade yang masuk matrix,universiti & ade gak yang da fly.Sekejap je rase dah setahun.Ade sape2 rindu nak prep kat kelas?haha.

Saje je nak nak post entry untuk 1 tahun kite da x jadi pelajar sekolah.

This song is for you 4th batch MAJUSCOP

I'll Always Remember You Lyrics

I always knew this day would come
We’d be standing one by one
With our future in our hands
So many dreams so many plans

Always knew after all these years
There be laughter there be tears
But never thought that I’d walk away
with so much joy but so much pain
And it’s so hard to say goodbye

But yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know you
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you

Another chapter in the book cant go back but you can look
And there we are on every page
Memories I’ll always save
Up ahead on the open doors
Who knows what were heading towards?
I wish you love I wish you luck
For you the world just opens up
But it’s so hard to say goodbye

Yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know you
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you

Everyday that we had all the good all the bad
I’ll keep them here inside
All the times we shared every place everywhere
You touched my life
Yeah one day we’ll look back we’ll smile and we’ll laugh
But right now we just cry
Cause it’s so hard to say goodbye


Yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you

I’ll always remember you
I’ll always remember you


I'll Always Remember You by kris606

Monday, November 8, 2010 | By: pyro_de_klose

CUBA HAYATI KWN2 KU...

Kosong - news at 11



Ku cuba tuk petik bintang di langit,
Tapi tak tercapai hajatku,
Itu semua palsu,
Mimpi-mimpiku yang indah,
Hanyalah tipu semata,
Itu semua dusta;


Impian,
Tak terjadi tanpa kerja,
Tak terjadi tanpa buat apa-apa,
Harapan,
Kan hanya tinggal kenangan,
Tiada yang kekal buat selamanya;


Kini aku sebatang kara,
Langsung tiada harta benda,
Hidup hanya kerna terpaksa,
Menempuhi gelora jiwa,
Menangkis mainan dunia,
Maruahku entah ke mana;


Impian,
Tak terjadi tanpa kerja,
Tak terjadi tanpa buat apa-apa,
Harapan,
Kan hanya tinggal kenangan,
Tiada yang kekal buat selamanya.

tulus ikhlas dr student kmj...


Saturday, November 6, 2010 | By: alin

RENUNGAN...

assalamualaikum...

Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan
Maka jadikanlah dirimu nisa’ yang boleh menjadi mujahidah,jihad di jalan Allah
Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang,cantik di pandang tetapi susah untuk dipegang
Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam
Biar nafsumu hidup dalam tarbiyah dijalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan
Dititip atas warkah penuh kemuliaan dan
Dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan

*fatayat-remaja perempuan

Wednesday, November 3, 2010 | By: alin

BICARA HAMBA

assalamualaikum...

tengah belek-belek blog batch niy
tiba-tiba tertarik dengan satu tajuk
click kat tajuk tu dan baca

tiba-tiba ada rasa kelainan
sedar dan berfikir...

cuma ana nak cakap (rasa diri ini tak layak nak gunakan istilah 'nasihat')
tak mengapa kamu tak ada ilmu agama tahap tertinggi
tak apa kamu tak tahu hukum agama yang tahap tertinggi
asalkan kamu tahu apa tanggungjawab kamu dan semestinya kita semua duduk di atas muka bumi ini
iaitu sebagai khalifah

Firman Allah SWT
`Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi......'
(al-Baqarah:30)

asalkan kita tau tujuan dan tanggungjawab kita sebagai mukmin iaitu melaksanakan apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang,

teringat ana dengan kata ustazah kat sekolah agama masa zaman muda dulu (sekarang pun muda lagi tapi dulu lagi muda drpd sekarang) apa yang dia kata,dan dia selalu mengulanginya
'buat apa yang Allah suruh,tinggalkan apa yang Allah larang,sembahyang jangan tinggal,'
ana terfikir kenapa ust itu mengasingkan kata 'sembahyang jangan tinggal' padahal itu juga merupakan suruhan Allah.

Dan ana yakin kamu tahu yang solat itu merupakan tiang agama dan apabila kita menunaikan solat,ia dapat cegah kita daripada buat apa yang Allah larang.Bila kita mati nantipun,perkara pertama yang ditanya juga perihal solat.

Rasulullah SAW bersabda
''sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah solat seseorang,jika solatnya diterima maka beruntung dan berjayalah ia,dan jika tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya,Allah berfirman,'Periksalah,adakah hambaKu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan apa yang terkurang solat fardunya??'

seperti yang pernah ana cakap dan ustaz pun selalu ingatkan,
sempurnakan yang fardhu,memperbanyak yang sunat
insyaAllah jika kita jaga hubungan dengan Allah,insyaAllah segalanya dipermudahkan..
yakin dan percaya..
itu yang pasti

sayang kamu hidayah samad =)
semoga kita berjaya dengan cemerlang dalam pspm..insyaAllah
''peperiksaan adalah tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa atau tidak''

Monday, November 1, 2010 | By: alin

...

assalamualaikum...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
tiada kata yang ingin diucapkan
cuma ingin mengingatkan diri
ingatlah Allah
sungguh kau akan tenang
bacalah kalam Allah
walau tidak satu juzuk
cukuplah sekadar kau ada menyelaknya dan menghayati tafsirnya setiap hari walau satu minit
sungguh kau akan rasa Dia hampir dengan kau
takutlah dengan Allah
jauhkan diri engkau dari berbuat dosa
kerana apa???
kerana kau tidak tahu bila ajal kau
boleh saja kau mati time kau tengah dating....
boleh saja kau mati time kau tengah mendedahkan aurat...
boleh saja kau mati time kau melengahkan solat atau langsung tak menunaikan solat...
aku tahu bukan hak aku mahu tentukan keadaan kau
boleh sahaja engkau yang dulu jahat,dimatikan dalam keadaan yang baik
dan boleh saja engkau yang dulu baik dimatikan dalam keadaan yang tidak baik
tapi kau sendiri kata mahu masuk syurga
adakah dengan tangan kosong sahaja???

kembalilah kepada Allah wahai hamba yang hina
walau di mata manusia kau dijulang tinggi
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang miskin
walau di mata manusia kau punya segala
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang kerdil
walau di mata manusia kau punya title

bukan aku ingin bermadah disini
bukan aku ingin mengarang puisi disini
juga bukan aku ingin mengambil perhatian engkau
bukan juga aku ingin menagih simpati engkau
cukuplah aku ada Allah
cuma aku ingin ingatkan kerana aku sayang engkau
dengan linangan air mata
aku ingin cakap pada diri kau
sungguh aku sayang engkau kerana Allah

oleh itu
ingatlah Allah walau dimana sahaja
takutlah Allah dengan menjauhi laranganNya
cukuplah jika kau ada rasa itu
aku akan rasa bahagia.....
melihat bidadari-bidadari syurga


Firman Allah SWT:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana `Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: `Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?` Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: `Kamilah penolong-penolong agama Allah`, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

(as-saf: 10-14)