DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
tiada kata yang ingin diucapkan
cuma ingin mengingatkan diri
ingatlah Allah
sungguh kau akan tenang
bacalah kalam Allah
walau tidak satu juzuk
cukuplah sekadar kau ada menyelaknya dan menghayati tafsirnya setiap hari walau satu minit
sungguh kau akan rasa Dia hampir dengan kau
takutlah dengan Allah
jauhkan diri engkau dari berbuat dosa
kerana apa???
kerana kau tidak tahu bila ajal kau
boleh saja kau mati time kau tengah dating....
boleh saja kau mati time kau tengah mendedahkan aurat...
boleh saja kau mati time kau melengahkan solat atau langsung tak menunaikan solat...
aku tahu bukan hak aku mahu tentukan keadaan kau
boleh sahaja engkau yang dulu jahat,dimatikan dalam keadaan yang baik
dan boleh saja engkau yang dulu baik dimatikan dalam keadaan yang tidak baik
tapi kau sendiri kata mahu masuk syurga
adakah dengan tangan kosong sahaja???
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang hina
walau di mata manusia kau dijulang tinggi
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang miskin
walau di mata manusia kau punya segala
kembalilah kepada Allah wahai hamba yang kerdil
walau di mata manusia kau punya title
bukan aku ingin bermadah disini
bukan aku ingin mengarang puisi disini
juga bukan aku ingin mengambil perhatian engkau
bukan juga aku ingin menagih simpati engkau
cukuplah aku ada Allah
cuma aku ingin ingatkan kerana aku sayang engkau
dengan linangan air mata
aku ingin cakap pada diri kau
sungguh aku sayang engkau kerana Allah
oleh itu
ingatlah Allah walau dimana sahaja
takutlah Allah dengan menjauhi laranganNya
cukuplah jika kau ada rasa itu
aku akan rasa bahagia.....
melihat bidadari-bidadari syurga
Firman Allah SWT:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana `Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: `Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?` Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: `Kamilah penolong-penolong agama Allah`, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.
(as-saf: 10-14)
0 comments:
Post a Comment