tengah belek-belek blog batch niy
tiba-tiba tertarik dengan satu tajuk
click kat tajuk tu dan baca
tiba-tiba ada rasa kelainan
sedar dan berfikir...
cuma ana nak cakap (rasa diri ini tak layak nak gunakan istilah 'nasihat')
tak mengapa kamu tak ada ilmu agama tahap tertinggi
tak apa kamu tak tahu hukum agama yang tahap tertinggi
asalkan kamu tahu apa tanggungjawab kamu dan semestinya kita semua duduk di atas muka bumi ini
iaitu sebagai khalifah
Firman Allah SWT
`Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi......'
(al-Baqarah:30)
asalkan kita tau tujuan dan tanggungjawab kita sebagai mukmin iaitu melaksanakan apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang,
teringat ana dengan kata ustazah kat sekolah agama masa zaman muda dulu (sekarang pun muda lagi tapi dulu lagi muda drpd sekarang) apa yang dia kata,dan dia selalu mengulanginya
'buat apa yang Allah suruh,tinggalkan apa yang Allah larang,sembahyang jangan tinggal,'
ana terfikir kenapa ust itu mengasingkan kata 'sembahyang jangan tinggal' padahal itu juga merupakan suruhan Allah.
Dan ana yakin kamu tahu yang solat itu merupakan tiang agama dan apabila kita menunaikan solat,ia dapat cegah kita daripada buat apa yang Allah larang.Bila kita mati nantipun,perkara pertama yang ditanya juga perihal solat.
Rasulullah SAW bersabda
''sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah solat seseorang,jika solatnya diterima maka beruntung dan berjayalah ia,dan jika tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya,Allah berfirman,'Periksalah,adakah hambaKu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan apa yang terkurang solat fardunya??'
seperti yang pernah ana cakap dan ustaz pun selalu ingatkan,
sempurnakan yang fardhu,memperbanyak yang sunat
insyaAllah jika kita jaga hubungan dengan Allah,insyaAllah segalanya dipermudahkan..
yakin dan percaya..
itu yang pasti
sayang kamu hidayah samad =)
semoga kita berjaya dengan cemerlang dalam pspm..insyaAllah
''peperiksaan adalah tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa atau tidak''
0 comments:
Post a Comment