Thursday, August 26, 2010 | By: alin

JONGKAT-JONGKIT

assalamualaikum...

Lia,jom pergi usrah

Aku tak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah,tarbiah dan program

Lia,dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongkit

Jongkang-jongkit???
Apa kau merepek ni??!!

Ya,dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongkit
Bila dakwah di atas,pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas,dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu??

Hmm,dakwah dan pelajaran kene berkadar terus
Bukan inversely proportional
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tak faham???

Macam gini,bila dah berdakwah
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang respiration misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
Sekali kita sedut nafas,semua proses ‘glycolysis,link reaction,krebs cycle,ETC’ berlaku
Tanpa ada perselisihan
Bila belajar tentang hokum Boyle
Terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa??????

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut ilmu Allah
Rasa senang hati nak terima
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study setengah jam
Sebab apa???
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Abis tu,kau nak cakap yang aku ikut usrah
Buat dakwah tu semua tak ikhlaslah???

Tak,bukan itu maksud aku
Cuma kene checklah
Waktu buat keje dakwah tu,ada tak
Berlaku tarik tali dengan Allah

Apa???
Tarik tali dengan Allah
Apa maksudnya???

Ok,misalnya waktu buat keje dakwah tu
Terdetik tak kat hati kita,banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati yang assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agamaKu
Nescaya Aku akan menolong kamu
Dan meneguhkan kedudukanmu

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin
Dia cacat.Duduk atas kerusi roda
Tapi apa yang telah dia lakukan???
HAMAS berdiri dengan izzah
Musuh menggeruninya

Lia,kita sempurna
Ayuh lakukan sesuatu
Untuk Islam…!!!


Allah S.W.T. berfirman
'barangsiapa yang menolong agamaKu,nescaya Aku akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu'
[surah Muhammad:7]
Wednesday, August 25, 2010 | By: alin

C I N T A

assalamualaikum...

Alangkah Baiknya Jika Cinta Kita Sebegini

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..



Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dr dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
Sunday, August 15, 2010 | By: alin

H I P O K R I T ...???

assalamualaikum…

HIPOKRIT…

Dalam kamus dewan edisi ke-3,muka surat 460,hipokrit membawa maksud orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, atau lebih pendek orang munafik.

Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”

Fitrah=Islam,Islam=baik

Ana mau tanya, ‘hipokritkah kita kalau kita nak bergerak ke arah kebaikan???’
Sedangkan kita sejak dari bayi lagi fitrahnya baik…

Kalau tak hipokrit,

'kenapa takut untuk berubah ke arah yang lebih baik???'

'Kenapa mengata orang yang ingin berubah ke arah yang lebih baik???'

‘kau ni tak yah lah nak hipokrit.Nak tunjuk baik depan orang.’
‘Eh,kenapa pakai tudung?Bukan dulu kau tak pakai tudung ke?Ah,tak yah lah nak hipokrit..’

Allah SWT pula berfirman:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)” [Surah Al-A’raff:172]

Lihat, sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: “Bayi itu suci dari dosa?”

Jadi, nak kembali kepada kebaikan, nak bergerak menjadi hamba yang taat, di mana hipokritnya???Jadi bila nak berubah, jangan teragak-agak. Niat berubah kena jelas, menuju kepada Allah semata-mata. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, tidak berubah kerana yang lain-lain. Berubah hanya kerana Allah SWT.

perjuangan itu memang pahit,
kerana syurga itu teramat manis...

http://ms.langitilahi.com/motivasi-hipokritkah-kalau-bergerak-kearah-kebaikan/
HILAL ASYRAF

Saturday, August 14, 2010 | By: alin

KULIMIN

assalamualaikum...

mungkinkah kerana kita terleka,
sekali pena terlepas dari jemari,
ucapan 'OPPPSS' mendahului 'YA ALLAH'???

bila perut kenyang,
'SEDAPNYA' mengatasi 'ALHAMDULILLAH'???

bila diri terpegun akan keindahan,
'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'CANTIKYA'???

bila ditimpa kesukaran
'ISK!' terucap mendahului 'ISTIGHFAR'???

semoga kelekaan kita dimaafkanNya
dan semoga kita tidak lupa akan kalimah
'LAILAHAILALLAH' di saat Izrail datang tanpa diundang

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda
'barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir,maka berkatalah yang baik sahaja atau diam'
[Riwayat Bukhari]
Friday, August 13, 2010 | By: alin

MANA YANG UTAMA ???

assalamualaikum...


Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,akhirnya kita dapat lagi bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.Ana rasa belum terlambat lagi untuk ana mengucapkan Salam Ramadhan kepada para sahabat sekalian.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.Rebutlah peluang yang disediakan dan jadikanlah Ramadhan ini sebagai satu madrasah kepada diri,jiwa dan hati kita untuk ke arah yang lebih baik…InsyaAllah


MANA YANG LEBIH UTAMA???


Kat kmj ni,Alhamdulillah ramai yang mengerjakan solat tarawih.Tapi sayang seribu kali sayang,time tarawih sahaja orangnya ramai.Time waktu solat lain,bilangan orangnya boleh dikira menggunakan jari tangan.Tak perlu pinjam jari kaki pun..huhu(begitulah perumpamaannya)


‘ala,kau ni,kira eloklah aku solat tarawih.Orang solat,komen,kalau tak solat,lagilah membebel.’


Kawan2,ana tak kata solat tarawih itu salah.Tapi pernahkah kita terfikir yang kita ni lebih utamakan yang sunat dari yang wajib.Solat Tarawih itu sunat,solat subuh itu WAJIB!!solat lima waktu itu WAJIB (digalakkan berjemaah)!!menutup aurat itu WAJIB!!!puasa Ramadhan itu WAJIB!!

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.


Apa yang ana ingin sampaikan ialah

SEMPURNAKAN YANG WAJIB,

MEMPERBANYAKKAN YANG SUNAT


p/s: janganlah ada orang salah sangka,mereka ingat ana suruh jangan buat solat tarawih.Ana tak kata begitu,jika kita ingin jadi hamba Allah yang terbaik,kita mesti lakukan yang terbaik.Orang yang berjaya ialah orang yang tidak banyak alasan.Begitu juga jika kita ingin berjaya di akhirat,kita tak boleh mempunyai banyak alasan dalam melakukan kebaikan.Seperti yang ana katakan tadi,rebutlah ganjaran yang ada dalam bulan yang mulia ini.Jika kita melakukan yang sunat,pahalanya ibarat kita melakukan yang wajib,jika kita melakukan yang wajib,pahalanya digandakan sehingga 70x.Dan ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja...!!


Tak mau ke kita dengan ganjaran yang diberikan???Kita tak perlu keluarkan duit sesen pun untuk dapatkan ganjaran tu.''Kalau kita nak menang sejuta,kita kena beli power root dulu.''huhu...

Renungkanlah...lihat,Maha Pengasihnya Allah,Maha Pemurahnya Allah.

oh! nikmat mana yang aku dustakan???


Lagi sekali ana tegaskan,

SEMPURNAKAN YANG WAJIB,

MEMPERBANYAKKAN YANG SUNAT.

Moga-moga Ramadhan kita kali ini bukan Ramadhan adat.

Tetapi Ramadhan yang membuatkan kehidupan kita tertingkat! InsyaAllah...


*muhasabah untuk diri ana dan sahabat

yang baik itu datang dari Allah

yang buruk itu juga datang dari Allah atas kelemahan diri ana sendiri

Tuesday, August 10, 2010 | By: alin

JANGAN...


assalamualaikum...


Jangan dikata diri gagah,jika tak bisa menahan marah
Jangan dikata diri penuh hikmah,jika dengan nafsu bisa kalah
Jangan dikata diri pendakwah,jika tak bisa mempamer qudwah
Jangan dikata diri berjemaah,jika tak bisa menjalin ukhuwah
Jangan dikata diri bertuah,jika tak bisa kenal Allah
Jangan dikata diri sempurna sudah,jika tak bisa ikut sunnah
Jangan dikata kerana diriku Islam hebat
tapi,katakanlah
KERANA ISLAM DIRIKU HEBAT
dengan Islam rasa 'izzah(mulia),
dengan ukhuwah rasa mahabah(cinta),
dengan Rasulullah hidup terarah,
dengan Allah segalanya indah... :)

Istiqamahlah dalam perjuangan
Saturday, August 7, 2010 | By: HH

khabar dari penang

assalamualaikum. dah seminggu aku tak update blog sendiri dek kerana jadual yang padat dan homework yang menggunung. semalam, aku buka dashboard blogger, dah baru aku sedar, rupa rupanya blog batch ni masih wujud. sungguh, aku lupa habis pasal blog ni. alhamdulillah, insya Allah, semua rakan rakan batch kita dah sambung belajar. baik yang masuk matrix, yang diploma, yang asasi, yang A-level, yang foundation, yang IB, semuanya dah mula belajar. setelah hampir 7 bulan tak belajar, aku dah rasa kekaratan otakku.

kat sini, aku rindu nak baca doa sama sama sebelum kelas bermula. kat sini, aku rindu nak dengar kata kata nasihat dari ustaz, ustazah atau orang orang yang baik rohani dan akhlaknya. kat sini, aku rindu nak baca maathurat secara berjemaah. kat sini, aku rindu nak memberi salam dan menjawab salam. tapi dah kalau kata rindu, maknanya semua keadaan tu tak ada kat sini. makanan untuk rohaniku hanyalah pada dua kali kelas agama tiap minggu dan usrah sekali seminggu. surau pula kena menapak. bagaimana la nanti solat tarawikhku? hmmmmmmmmmmmmmmmm...

sekarang, semuanya bergantung pada mujahadah diri sendiri. kalau nak jadi jahat, silakan.. tiada siapa yang akan menghalang lagi lagi parents nun jauh di rumah. kalau nak jadi baik, begitu banyak pulak dugaannya... jadi, pada siapa kita boleh bergantung agar tidak tergelincir? tentunya pada tali agama Allah, ISLAM. ISLAM ialah modul yang cukup cantik untuk diikuti dan diamalkan. berpeganglah pada tali tali Allah, insya Allah kamu tak akan tergelincir...

aku nak membebel lagi sebenarnya tapi badanku sungguh penat hari ini kerana seharian ber'rapid penang' untuk ke tesco seberang jaya membeli barang barang dapur. nak jimat punya pasal, kena masak sendiri kat rumah. apa apa pun, jaga diri masing masing. walaupun kita jauh, aku harap kita dekat dari segi internalnya. wallahualam...

p/s: aku sangat sangat rindu pada sahabat sahabat di maktab terutamanya Syakirah dan Azre. :'(
Sunday, August 1, 2010 | By: alin

SAAT-SAAT TERAKHIR...

assalamualaikum....

kat tempat ana sekarang ni tengah hujan
bila ana menjengah ke blog batch ni,tiba-tiba ana terasa sedih...
teringat kat mrsm,kawan2 dan sahabat yang paling ana sayang azre dan izati
Ya Allah,selamatkanlah kami dari tipu daya syaitan
(minta maaf kalau ada yang terasa ana tengah syok sendiri dan buat macam blog sendiri..oh!)

'3 perkara yang boleh menghancurkan umat yang paling kuat ialah zalimnya pemimpin,berpecahnya rakyat dan ROSAKNYA WANITA'
[Mustafa As Sibaei]

p/s: janganlah ada yang terasa ana buat macam blog sendiri..
pastu ana yang syok sendiri.oh!(malunya)
apapun jangan segan2 datang sini
INI BLOG KITA SEMUA...!! (bak kata author)