Friday, August 13, 2010 | By: alin

MANA YANG UTAMA ???

assalamualaikum...


Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,akhirnya kita dapat lagi bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.Ana rasa belum terlambat lagi untuk ana mengucapkan Salam Ramadhan kepada para sahabat sekalian.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.Rebutlah peluang yang disediakan dan jadikanlah Ramadhan ini sebagai satu madrasah kepada diri,jiwa dan hati kita untuk ke arah yang lebih baik…InsyaAllah


MANA YANG LEBIH UTAMA???


Kat kmj ni,Alhamdulillah ramai yang mengerjakan solat tarawih.Tapi sayang seribu kali sayang,time tarawih sahaja orangnya ramai.Time waktu solat lain,bilangan orangnya boleh dikira menggunakan jari tangan.Tak perlu pinjam jari kaki pun..huhu(begitulah perumpamaannya)


‘ala,kau ni,kira eloklah aku solat tarawih.Orang solat,komen,kalau tak solat,lagilah membebel.’


Kawan2,ana tak kata solat tarawih itu salah.Tapi pernahkah kita terfikir yang kita ni lebih utamakan yang sunat dari yang wajib.Solat Tarawih itu sunat,solat subuh itu WAJIB!!solat lima waktu itu WAJIB (digalakkan berjemaah)!!menutup aurat itu WAJIB!!!puasa Ramadhan itu WAJIB!!

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.


Apa yang ana ingin sampaikan ialah

SEMPURNAKAN YANG WAJIB,

MEMPERBANYAKKAN YANG SUNAT


p/s: janganlah ada orang salah sangka,mereka ingat ana suruh jangan buat solat tarawih.Ana tak kata begitu,jika kita ingin jadi hamba Allah yang terbaik,kita mesti lakukan yang terbaik.Orang yang berjaya ialah orang yang tidak banyak alasan.Begitu juga jika kita ingin berjaya di akhirat,kita tak boleh mempunyai banyak alasan dalam melakukan kebaikan.Seperti yang ana katakan tadi,rebutlah ganjaran yang ada dalam bulan yang mulia ini.Jika kita melakukan yang sunat,pahalanya ibarat kita melakukan yang wajib,jika kita melakukan yang wajib,pahalanya digandakan sehingga 70x.Dan ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja...!!


Tak mau ke kita dengan ganjaran yang diberikan???Kita tak perlu keluarkan duit sesen pun untuk dapatkan ganjaran tu.''Kalau kita nak menang sejuta,kita kena beli power root dulu.''huhu...

Renungkanlah...lihat,Maha Pengasihnya Allah,Maha Pemurahnya Allah.

oh! nikmat mana yang aku dustakan???


Lagi sekali ana tegaskan,

SEMPURNAKAN YANG WAJIB,

MEMPERBANYAKKAN YANG SUNAT.

Moga-moga Ramadhan kita kali ini bukan Ramadhan adat.

Tetapi Ramadhan yang membuatkan kehidupan kita tertingkat! InsyaAllah...


*muhasabah untuk diri ana dan sahabat

yang baik itu datang dari Allah

yang buruk itu juga datang dari Allah atas kelemahan diri ana sendiri

0 comments: