assalamualaikum…
HIPOKRIT…
Dalam kamus dewan edisi ke-3,muka surat 460,hipokrit membawa maksud orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, atau lebih pendek orang munafik.
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”
Fitrah=Islam,Islam=baik
Ana mau tanya, ‘hipokritkah kita kalau kita nak bergerak ke arah kebaikan???’
Sedangkan kita sejak dari bayi lagi fitrahnya baik…
Kalau tak hipokrit,
'kenapa takut untuk berubah ke arah yang lebih baik???'
'Kenapa mengata orang yang ingin berubah ke arah yang lebih baik???'
‘kau ni tak yah lah nak hipokrit.Nak tunjuk baik depan orang.’
‘Eh,kenapa pakai tudung?Bukan dulu kau tak pakai tudung ke?Ah,tak yah lah nak hipokrit..’
Allah SWT pula berfirman:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)” [Surah Al-A’raff:172]
Lihat, sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: “Bayi itu suci dari dosa?”
Jadi, nak kembali kepada kebaikan, nak bergerak menjadi hamba yang taat, di mana hipokritnya???Jadi bila nak berubah, jangan teragak-agak. Niat berubah kena jelas, menuju kepada Allah semata-mata. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, tidak berubah kerana yang lain-lain. Berubah hanya kerana Allah SWT.
perjuangan itu memang pahit,
kerana syurga itu teramat manis...
1 comments:
teringat karangan Ust Hj Hasrizal di blognya..
http://saifulislam.com/?p=8139
“Alaa, she’s still young. Let her taste the excitement. Just be herself. Jangan hipokrit. Nanti bila nak pakai tudung tu, dia pakailah. Kita doakan!” kata si emak melihat anak perempuannya keluar rumah dengan penuh gaya.
Memaksa diri bertudung kerana di dunia ini ada Tuhan, namanya hipokrit?
Akhirnya, menutup pintu Muqaddimah Zina dianggap kolot.
Walhal itulah hidup bertamadun. Hidup yang tahu membataskan diri.
...bagaimana itu hipokrit.. :)
Post a Comment